• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 3 – Part 2 – Wing 5 dan Pantai Ao Manao di Prachuap Khiri Khan

March 11, 2017 By Admin 2 Comments
Tempoh Bacaan: 9 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


For English, click here.

Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 3 – Part 1 – Selamat Pagi Prachuap Khiri Khan. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Lokasi: Prachuap Khiri Khan, Thailand


Bangun jam 2.00 petang. Lewat jugalah. Buat korang yang baru terbaca entri ni, sila rujuk entri sebelumnya punca dan sebab kenapa bangun lewat. Bukan saja-saja wehh.. mengantuk tak ingat! Bangun je terus bersiap untuk habiskan aktiviti hari tu sebelum kegelapan malam mula menjelma jam 6 petang. Ok, lepas bersiap kami keluar dari Maggie Guesthouse (MG) jam 3.30pm. Sampai di bahagian depan guesthouse, kelihatan Nok sedang berada di meja kaunter. Dia pun tanya kami, nak ke mana? Aku pun ceritalah nak ke Wing 5 dan Pantai Ao Manao (PAM). Kemudian dia pun menelefon seorang penunggang tuktuk motorsikal (TM) ni, untuk membawa kami ke sana. Abang ni full time kerja menunggang tuktuk tapi dalam masa yang sama, part time menjadi pemandu pelancong untuk ke mana-mana.

Tak sampai 10 minit abang ni pun sampai. Aku ceritalah nak ke sekian-sekian tempat. Agak ayam-itik juga dan puas aku nak terangkan tentang kedua-dua lokasi ni. Lama juga dia nak paham, rupanya salah aku. Puncanya sebab aku ingat Wing 5 dan Pantai Ao Manao ni terletak berjauhan yang mana sebenarnya ia terletak dalam kawasan yang sama. Begini….. Wing 5 ialah nama Inggeris bagi pengkalan Tentera Udara Di Raja Thailand manakala Pantai Ao Manoa ialah pantai yang terletak dalam kawasannya.

Kiranya kami consider hire kawan dialah untuk hari tu memandangkan untuk ke Wing 5 memerlukan TM atas sebab ianya di dalam kawasan pengkalan tentera Royal Thai Airforce. Lagipun, di dalam sana jarang pula nampak TM yang lalu lalang. Kos sehala bagi TM ni ialah THB100 (3 org). Jadi, dua hala ialah THB200. Di PKK, sistem pengangkutan hanya jenis TM sahaja. Tak nampak pula tuktuk jenis lori atau van. Teksi pun macam tiada pula.

Tip: Jika korang nak ke mana-mana tempat yang jarang dan susah untuk mendapatkan tuktuk, lebih baik hire tuktuk pergi dan balik. Bukan apa, ada juga kes yang mana disebabkan tuktuk jarang masuk ke tempat yang ingin dilawati tu, akan membuatkan tuktuk yang berada di sana caj lebih mahal kononnya kerana korang terdesak perlukan pengangkutan balik.

Pertama kalinya aku dapat tahu tentang kedua tempat ni ialah melalui Tripadvisor. Dan aku dapati, tak ramai atau memang langsung tiada backpackers dari Malaysia yang singgah ke sini. So, ini peluang yang baik untuk aku popular di group Backpackers Buddies Malaysia, Malaysian Backpackers Club atau Thevocket.com. Hahahaha… acah je. Tidaklah sampai nak kejar populariti. Lagipun aku ada blog sendiri dan tak ada keperluan untuk masuk popular dalam mana-mana blog. Lainlah kalau blog Zatie Wanderer ni tak wujud…..

Aqif dah mula peghak. Awal-awal lagi dah duduk di hadapan TM. Risau juga kami dan nasib baiklah ada palang besi pelindung dari terjatuh.

Seronok juga naik tuktuk jenis motorsikal ni. Nampak macam kecil tapi boleh muat 3 orang dewasa dan 1-2 orang kanak-kanak kecil tak termasuk penunggangnya.

Untuk pengetahuan korang, walaupun Bandar Prachuap Khiri Khan (PKK) ni kecil je, tapi ia merupakan sebuah negeri dan Hua Hin serta Cha-am pula di bawah jajahannya. Dari segi hiburan dan kepesatan kemajuan, Hua Hin lebih menonjol manakala Cha-am pula sgt sesuai utk aktiviti santai dan riadah serta mandi laut. Nak shopping dan berlibur? Di Hua Hin sangat sesuai.

Kelihatan perkarangan sekolah menengah Thailand. Aku rasalah, di sana memang tak cuti bulan Disember seperti mana Malaysia walaupun dah hampir tahun baru 2017.

Video yang diambil sekitar Bandar PKK.

Wing 5

Sampai je di Wing 5, ada pintu gerbang tertera Royal Thai Airforce. Keluar masuk ke pengkalan tentera ini tidaklah ketat sangat kerana ia terletak dalam kawasan pelancongan.

Selepas masuk pintu gerbang, TM akan berhenti dan kami diarahkan untuk tunjukkan passport dan menulis beberapa butiran. Tak perlu bayar entrance fee apa-apa, semuanya percuma je. Kalau bawa famili, memadai hanya suami sahaja yang tunjukkan passport. Tapi jangan risau, pegawai tenteranya baik-baik belaka dan sangat membantu. Di tepi pondok pengawal ini ada dipamerkan kapal terbang tentera yang lama. Nak kata pondok tak juga, lebih pada bentuk khemah kenduri, hehe.

Inilah kapal terbang lama yang aku maksudkan. Perjalanan utk ke arah pantai PAM dlm kawasan Wing 5 ini lebih kurang 3 hingga 4km jauhnya bermula dari pintu gerbang tadi. Nasib baiklah cuaca sangat baik hari tu. Yang menariknya, perjalanan ke dalam tu kami kena cross landasan kapal terbang! Unik juga, tak pernah-pernah ada pengalaman seperti ni.

Lokasi pantai PAM. Untuk kedudukan GPS: 11.772626, 99.795617

Sambil roda TM berputar masuk ke dalam, aku sempat snap beberapa gambar. Nampak macam taman permainan kanak-kanak. Mungkin ada kuarters kerajaan di sini.

Ingat lagi gambar bukit-bukau yang aku snap subuh tadi? Inilah bukitnya dari dekat.

Haa… inilah yang unik di Wing 5. Terpaksa kena cross landasan kapal terbang weh. Di Malaysia mana ada macam ni.

Landasan di bahagian kanan kami. Di kawasan sini kelihatan tiada struktur bangunan. Hanya ada kawasan lapang dan berumput je. Siapalah nak buat rumah tepi landasan, kan? Hanya orang gila je…

Sebuah tasik yang terdapat di sini. Tapi kami tak berhenti pun sebab pemandangannya biasa-biasa sahaja.

Aku andaikan ini adalah jabatan dan tempat latihan anjing tentera atau “unit K9”. Tak nampak pula bangunannya, mungkin jauh ke dalam lorong di sebelah kanan tu.

Kuarters tentera di Wing 5.

Ok hampir sampai pantai PAM. Sewaktu di sana, kami terlupa nak menapak ke sini untuk bagi Aqif main walaupun awalnya dah snap gambar taman permainan. Mungkin sebab terpana dengan keindahan bukit-bukau di situ.

Pelancong tempatan pun ramai di sini. Sebenarnya, agak sedikit pelancong asing di sini dan mungkin kerana mereka tidak tahu.

Ini bukan pasar tapi medan selera. Tak ada apa pun yang berselera di sini, semuanya tak halal. Kami dah check, langsung tiada peniaga Muslim.

Contoh bentuk tuktuk jenis TM yang kami naiki. Nampak papan tanda kuning di sebelah kiri tu? Abang TM turunkan kami di situ. Kemudian dia ada tanya berapa lama kami akan berada di pantai PAM dan adakah akan mandi-manda? Kami kata tak mandi apa-apa sekadar menikmati pemandangan dan tempoh satu jam dah mencukupi. Jadi, jam 5.00pm, dia akan datang semula di papan tanda kuning tu.

Kalau korg nak mandi boleh jer, luangkan dalam 2-3 jam di sini sudah mencukupi. Lautnya tak bergelora macam di pantai timur Semenanjung Malaysia sebab terletak dalam linkungan teluk yang dikelilingi bukit-bukau dan pulau kecil di tengah laut.

Sampai je di Pantai Ao Manao, kami disajikan dgn pemandangan landskap yang cukup indah. WOW, memikat kalbu nurani, sanubari dan semua “ri” yang ada. Tengok tu, ramai juga pelancong.


Tuh dia, pemandangan bukit-bukau dari arah belakangnya. Sekejap lagi aku tunjukkan pula gambar yang sama tapi kali ni hampir petang dan pancaran cahaya matahari memantul di permukaan bukit.

Posisi aku berada di sebelah kanan pula. Di situ juga banyak bukit-bukau dengan bentuk-bentuk yang unik.

Sementara kami melayan kamera, Aqif pula bermain pasir di sini.

Rehat seketika sambil tayang bulu kaki.

Selesai menjamu mata, kami menapak ke kawasan medan selera.

Nak terkucil pula. Aku dah lupa berapa harga nak masuk tandas. Tapi jangan risau, murah je.

Hiasan landskap berbentuk haiwan di hadapan tandas awam.

Sengaja aku berdiri di tengah jalan bagi mengambil gambar suasana di sini. Di depan ni ialah arah untuk pulang ke Bandar PKK semula. Kiranya, kami sekarang berada di hujung pantai PAM.

Medan selera yang pertama. Di sini lebih ‘open air’ dan lebih meriah. Malangnya tiada gerai Muslim.

Dahlah tak makan tengahari lagi, perut pun dah mula berkeroncong. Agak-agak boleh makan/minum, jadi apa yang ada di sini kami belasah. Kami pun memesan jus buah kiwi dan blueberry serta aiskrim.

Akak ni sedang menyediakan jus kami. Rasanya semua makanan/minuman di sini adalah halal berdasarkan kandungan, bahan dan ramuan makanan yang dijual.

Buat korang yang nak tahu lokasi gerai ni, bolehlah berpandukan pada gambaran luarannya. Gerainya rujuk pada tiga orang yang sedang berdiri tu.

Comotnya muka Aqif makan aiskrim!

Juadah ‘makan tengahari’. Nasib baiklah aku bawa kurma yang dibeli semalam di Hat Yai. Sambil melepak di sini aku lihat ada juga beberapa orang barat yang lepak di sini. Ada yang menyewa motorsikal besar ala-ala Harley Davidson. Mereka sekadar datang, minum air buah dan menikmati pemandangan di sini tanpa sebarang bicara dan kemudian beransur. Iya ke menikmati pemandangan? Atau sebenarnya perisik dari luar negara? Wallahualam, maklumlah kawasan ni kan pengkalan tentera.

Lupa nak beritahu, harga minuman jus di sini tidaklah mahal. Jus buah pun dalam THB25 je.

Selepas tu kami pun menapaklah ke gerai yang lain dengan harapan ada makanan halal yang boleh dimakan. Tiba-tiba aku terjumpa ada bubur instant. Eh ok ni. Buburkan halal sekadar nasi bubur dan sayur je. Sekali nampak icon kecil berbentuk kerbau pendek daaaaaa… bubur perisa vavi….. tak jadi nak beli, hihihi.

Aku andaikan di pantai PAM ni memang 100% tiada gerai halal. Jadi ini tip untuk korang. Sebelum datang, sila makan tengahari dulu di mana-mana atau bawa bekal makanan. Tak pun, buat macam kami iaitu memesan jus buah dan aiskrim je.

Disebabkan ada masa lagi, kami menapak kembali ke kawasan pantai. Seronok di sini kerana kawasannya belum padat dengan pelancong. Kalau nak duduk di meja-meja tepi pantai boleh je tapi kena order air. Tak pasti lah air apa yg ada, kalau Coke gerenti sentiasa ada. Memandangkan aku ni ada gastrik sentiasa dan kami memang mengelak dari minum air bergas, jadi air-air seperti ni memang jarang sentuh. Tapi aku rasa, air di sini mungkin mahal sedikit kerana dalam masa yang sama kita perlu ‘menyewa’ kerusi dan meja di sini.

Ini pula gambar kedudukan meja dan kerusi tepi pantai.

Tiba-tiba aku terpana kali ke-2. Tuh dia…. pemandangan yang sama tapi lebih menyerlah dari yang tadi. Cadangan aku, kalau nak datang sini, datanglah waktu antara 4pm-5pm sebab matahari mula tenggelam. Jadi, pantulan cahayanya akan mengenai bukit-bukit di tengah laut dan pemandangan lebih superb dan menyerlah. Nah aku sajikan korang lagi gambar-gambar… layannn….

Tak pastilah samada ini jenis pokok kayu bakau atau pokok biasa yang menampakkan akarnya dek kerana hakisan dari ombak laut. Apa-apa pun, bentuk akarnya sangat menarik sekali. Tepat jam 5.00pm, kami pun menapak kembali ke papan tanda kuning tadi. Sampai je, tengok abang TM dah sampai! Satu yang saya suka tentang budaya orang Thailand, mereka lebih mengutamakan masa dan menepati janji.

Video sekitar pantai Ao Manao yang diambil oleh Tatie.

Abang TM ada cadangkan aku untuk ke Wat Ao Noi, sebuah Wat yangg menarik terletak di tepi pantai. Aku tanya harganya, serupa juga THB100 per hala, jumlah pergi-balik THB200 untuk sekeluarga. Jaraknya 8km dari pantai PAM. Disebabkan masih ada sejam sebelum hari mula gelap, aku pun setuju je ke sana dengan tambahan THB200 lagi.

Kenapa aku suka Bandar PKK? Kerana di sini saja yang ada teluk seperti ini di bahagian pantai timur Selatan Thailand.

Nota: Lepas balik dari Kembara, aku baru perasan yang Wing 5 ni ada lokasi dan pantainya yang tersendiri. Aku iya-iya ingatkan pantai dalam Wing 5 merujuk pada pantai Ao Manao. Jadi, kalau korang sampai ke sana cubalah tanya penunggang TM.

Bersambung ke entri Kembara Thailand – Laos: Day 3 – Part 3 – Wat Ao Noi.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 6 - Part 1 - Selamat Tinggal Hua Hin dan Perjalanan ke Maeklong Railway...
Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS
Kembara Thailand - Laos: Day 9 - Part 6 - The Emporium, The Helix Quartier & The EmQuartier

Filed Under: Prachuap Khiri Khan, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zaris Ahmad
Zaris Ahmad
3 years ago

betui bro… kalau ada masa terluang, mgkn nak merayap sekali lagi ke PKK, rasa tenang di situ… Terima kasih bro atas pembetulan.

bwk keta ke? jauh tu sampai ke lopburi…. mmg best, lagi senang sbb asal terjumpa spot menarik boleh terus berhenti dan bergambar.

0
Reply
hamdan
hamdan
3 years ago

PrachuapKK memang cantek bro .. baru saja kami balik self drv dr KL to Lopburi last month sambil singgah menyinggah beberapa town .. kami bermalam 1 mlm kat PKK. Ada 2 restoran halal .. satu seberang jalan dr Makro PKK .. lagi satu dekat mesjid .. dlm 5km dr PKK town. Pembetulan sikit bro HuaHin tu masih dlm PKK province tapi Cha Am dah masuk province Phetchaburi .. kira Hua Hin ni kat sempadan province.. paling utara dlm PKK

0
Reply

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz