• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

London Pass berbaloi?

March 31, 2013 By Admin 5 Comments
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print 🖨 PDF 📄


Kad London Pass

Sambil-sambil saya buat entry tentang sistem pengangkutan di kota London semalam, terpandang pula tentang London Pass yang mana terus terang saya sendiri terlepas pandang sewaktu ke sana. Bagi saya ianya amat berbaloi kerana terdapat hampir atau lebih 60 tempat terkenal di London yang boleh dilawati dengan hanya menggunakan satu pass sahaja. Review kali ini tentang London Pass adalah di luar dari pengalaman saya dan entry ini dibuat berdasarkan carian dan kajian di internet berserta ‘feel’ saya tentang keadaan kota London dan kesesuaiannya.

Apa itu London Pass? Ianya mirip seperti kad Oyster atau kad Touch N Go. Ia boleh dibeli secara online atau apabila tiba di sana. Jika anda berminat, saya cadangkan agar membeli secara online kerana ada masanya, potongan diskaun 10% diberikan. Harganya bermula dari 47.00 pound hingga 91.80 pound bagi dewasa atau 30.00 pound hingga 64.80 pound bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Jom kita tengok rate nya di bawah:

Apa beza harga pass untuk biru dan pink? Ok, yang biru tu adalah London Pass tanpa sistem pengangkutan manakala warna pink adalah London Pass dengan sistem pengangkutan (London Pass with Travel). Di mana yang berbaloinya? Sistem pengangkutan bagi London Pass with Travel merangkumi semua sistem yang ada iaitu Tube, DLR, bas, trams dan London Overground. Yang bestnya, ia meliputi dari zon 1 sampai zon 6 tanpa had! Lebih berbaloi lagi, bila beli untuk 6 hari, akan dapat free 1 hari menjadikan jumlah hari sebanyak 7 hari.


Berbaloi? Cuba cerita sikit tentang harganya menurut hari (1 Day, 2 Day, 3 Day dan 6 Day pass)? Baiklah… begini, akan saya pecahkan ‘kisah’ mengikut hari:

1 Day: Katakan anda berkunjung ke tiga tempat popular iaitu London Bridge Experience, Cruise on the River Thames dan Tower of London, jika tiket bagi ketiga-tiga tempat tersebut dibeli secara berasingan, maka harganya adalah 61 pound. Dengan London Pass bagi satu hari, hanya berharga 47 pound sahaja!

2 Day: Melawat 5 tempat popular di London, anda akan jimat 40 pound untuk tiket entrance nya.

3 Day: Melawat 3 tempat popular di London akan menjimatkan anda 101 pound untuk tiket entrance nya.

6 Day: Inilah yang paling menjimatkan – seharian bersiar-siar ke tempat popular di London iaitu 15.30 pound per hari (91.80 pound dibahagi untuk 6 hari) – ianya lebih murah dari tiket bagi sekali entry untuk: Tower of London, London Bridge Experience, London Zoo, Thames River Cruise & Wimbledon Experience Tour.

Mungkin anda akan tertanya-tanya…. eh bagaimana pihak syarikat London Pass mendapat untung? Katakan anda dalam satu hari sahaja, dengan pantasnya, dapat melawat ke 6 tempat popular di sana. Cuba tengok contoh kiraan di bawah:

1. Thames River Boat Cruise – 19.00 pound
2. Tower of London – 19.50 pound
3. Westminster Abbey – 18.00 pound
4. London Bridge Experience – 23.00 pound
5. Windsor Castle – 17.75 pound
6. Tower Bridge Exhibition – 8.00 pound

Jumlah semua di atas = 105.25 pound

London Pass untuk satu hari – 47.00 pound

Penjimatan = 105.25 – 47.00 = 58.25 pound

Jimat kan? Itu kalau anda dapat cover semua 6 tempat dalam satu hari. Tapi saya rasa anda mungkin dapat cover paling minima 2 tempat dan paling maksima 4 tempat sahaja dalam satu hari. Tambah-tambah bawa anak dengan Stroller, mungkin 2-3 tempat sahaja. Ini saya berdasarkan pengalaman berjalan kaki dan bersiar-siar di sana pada tahun 2009. Memang penat nak cover banyak tempat dengan pantas walaupun cuacanya sejuk dan tidak berpeluh. Tapi kaki tetap perlu dicaj semula (berehat) untuk berjalan… hehe.

Penjimatan 58.25 pound tu sebenarnya juga merupakan kerugian bagi pihak London Pass. Jadi, berapa banyak pun takpe. Mungkin mereka ada caranya tersendiri untuk mendapat keuntungan berdasarkan jumlah tempat lawatan yang larat bagi pengunjung bagi satu hari (ada setengah pengunjung dapat pergi ke satu tempat sahaja sehari, mungkin dari ini mereka mendapat keuntungan). Pada mulanya, saya beranggapan ianya mirip kad prepaid iaitu contohnya bila kita membeli 1 Day pass berharga 47.00 pound dan melawat ke Westminster Abbey dengan tiket entrance berharga 18.00 pound, maka tiketnya akan ditolak dari 47.00 pound menjadi baki 29 pound. Rupanya anggapan saya tu salah. Jadi, dari penerangan ini, dapatlah anda menilai di mana yang berbaloinya jika membeli London Pass.

Oh ya, lupa saya nak beritahu…. dengan menggunakan London Pass, anda juga mendapat VIP queue bergelar “Fast Track”, sangat sesuai bagi yang membawa anak kecil. Maksudnya, kalau ada tempat yang perlu beratur, tapi tertera VIP queue line, anda boleh skip laluan beratur yang biasa dan terus ke depan kaunter. Agaknya, beli untuk berapa “Day” yang berbaloi? Ok, mari kita tengok apakah senarai tempat-tempat menarik yang diliputi dalam London Pass:

BANGUNAN BERSEJARAH

Kategori paling popular:

  • Tower of London – Map
  • Westminster Abbey – Map
  • St. Paul’s Cathedral – Map
  • Windsor Castle – Map
  • Tower Bridge Exhibition – Map
  • Hampton Court Palace – Map

Kategori bagus dilawati:

  • Kensington Palace – Map
  • Royal Albert Hall – Map
  • The Monument – Map
  • Benjamin Franklin House – Map
  • Wellington Arch – Map
  • Apsley House – Map
  • Wernher Collection at Ranger’s House – Map
  • Jewel Tower – Map
  • The Banqueting House – Map

Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:

  • Eton College – Map
  • Royal Mews – Map
  • Eltham Palace – Map

Kategori agak jauh untuk dilawati:

  • Hampton Court Palace – Map
  • Eton College – Map
  • Eltham Palace – Map
  • Wernher Collection at Ranger’s House – Map

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI

Kategori paling popular:

  • London Bridge Experience – Map
  • Shakespeare’s Globe Theatre Tour – Map
  • London Zoo – Map

Kategori bagus dilawati:

  • Kew Gardens – Map
  • HMS Belfast – Map
  • London Wetland Centre – Map
  • Chislehurst Caves – Map
  • Chelsea Physic Garden – Map

Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:

  • British Music Experience – Map
  • BAPS Shri Swaminarayan Mandir – Map

Kategori agak jauh untuk dilawati:

  • British Music Experience – Map
  • Kew Gardens – Map
  • London Wetland Centre – Map
  • Chislehurst Caves – Map
  • BAPS Shri Swaminarayan Mandir – Map

LONDON TOURS & CRUISES

Kategori paling popular:

  • Thames River Boat Cruise – Map
  • Jason’s Original Canal Boat Trip – Map
  • Arsenal Stadium Tour (bagi peminat Arsenal) – Map

Kategori bagus dilawati:

  • Wembley Stadium Tours (bagi peminat bolasepak England) – Map
  • London Bicycle Tour – Map
  • Wimbledon Tour Experience (bagi peminat tennis) – Map
  • Chelsea FC Stadium Tour (bagi peminat Chelsea) – Map
  • National Theatre Backstage Tours – Map

Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:

  • Lord’s Cricket Ground Tours (bagi peminat kriket) – Map
  • Rock n Roll Walk – Map

Kategori agak jauh untuk dilawati:

  • Wimbledon Tour Experience – Map
  • Chelsea FC Stadium Tour – Map
  • Arsenal Stadium Tour – Map
  • Wembley Stadium Tours – Map

LONDON ART GALLERIES


Kategori paling popular:

  • The Queen’s Gallery – Map

Kategori bagus dilawati:

  • The Courtauld Gallery – Map
  • Estorick Collection of Modern Italian Art – Map

Kategori agak jauh untuk dilawati:

  • Estorick Collection of Modern Italian Art – Map

LONDON MUSEUMS (JENIS YANG BERBAYAR)

Kategori paling popular:

  • Household Cavalry Museum – Map
  • Guards Museum – Map

Kategori bagus dilawati:

  • Churchill War Rooms – Map
  • London Transport Museum – Map
  • The Garden Museum – Map
  • London Motor Museum – Map
  • London Canal Museum – Map
  • Pollock’s Toy Museum – Map
  • Firepower Royal Artillery Museum – Map
  • Charles Dickens Museum – Map
  • Museum of Brands, Packaging and Advertising – Map
  • Cartoon Museum – Map
  • Wimbledon Lawn Tennis Museum – Map
  • Fan Museum – Map
  • Design Museum London – Map


Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:

  • Twickenham Rugby Museum & Stadium Tour – Map
  • The Jewish Museum – Map
  • The Foundling Museum – Map
  • The Old Operating Theatre Museum – Map
  • Florence Nightingale Museum – Map
  • Handel House Museum – Map

Kategori agak jauh untuk dilawati:

  • Twickenham Rugby Museum & Stadium Tour – Map
  • London Motor Museum – Map
  • Firepower Royal Artillery Museum – Map
  • Wimbledon Lawn Tennis Museum – Map
  • Fan Museum – Map

LEISURE ACTIVITIES

Kategori bagus dilawati:

  • QUEENS Ice & Bowl (boleh pilih hanya satu sahaja iaitu Ice Skating atau Bowling) – Map

Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:

  • Curzon Soho – Map
  • Curzon Mayfair – Map
  • London Brass Rubbing Centre – Map
  • Curzon Chelsea – Map
  • Renoir Cinema – Map

Dan banyak lagi tempat yang boleh dilawati antara seperti yg terdapat di laman ini:http://www.londonpass.com/london-attractions/index.html

Dalam laman di atas, ada dua kategori yang saya tak bincangkan di sini iaitu:

  • “Special Offers” – tawaran istimewa bagi tempat-tempat terpilih yang diberikan diskaun untuk barangan, makanan atau perkhidmatan tertentu.
  • “Special Offers at Attractions where public entry is free” – tawaran istimewa bagi tempat-tempat yang asalnya percuma untuk masuk tapi diberikan diskaun untuk beberapa perkhidmatan tertentu yang terdapat di dalamnya.

Jika saya menggunakan London Pass, agak-agaknya bagaimana saya merancang perjalanan agar benar-benar berbaloi? Baiklah, mungkin anda boleh meniru konsep saya… begini:

  1. Pilih tempat-tempat yang kategori popular dahulu dan berdekatan.
  2. Pilih tempat-tempat yang kategori bagus untuk dilawati. Jika boleh, ianya berdekatan juga dengan tempat (1) di atas.
  3. Pilih tempat-tempat yang kategori biasa-biasa untuk dilawati. Jika boleh, ianya berdekatan juga dengan tempat (1) dan (2) di atas.
  4. Pilih tempat-tempat yang dikategorikan agak jauh dari tengah kota London. Ambil masa satu hari untuk ke tempat-tempat ini dan saya cadangkan pilih 3-4 tempat sahaja. Satu hari tu harus khusus untuk tempat-tempat yang jauh ini. Elakkan dari pergi ke tempat yang percuma dan/atau tidak termasuk dalam tempat-tempat pilihan London Pass bagi mengelakkan kerugian masa.
  5. Bajet berapa tempat untuk pergi dan larat untuk satu hari. Ingat, jangan paksa diri nanti sakit demam susah pula, kita nak bersiar-siar kalau boleh dalam keadaan santai, tenang dan tidak terburu-buru kerana setiap inci kota London perlu kita hayati, barulah berbaloi seluruh percutian kita. Consider juga perjalanan sekiranya membawa keluarga dan anak kecil.
  6. Bajet berapa hari keseluruhan bajet di (5) boleh cover. Untuk memudahkan jarak perjalanan, rujuk link Map yang saya bekalkan di atas atau rujuk peta kerana dalam peta ada ditunjukkan ‘perkumpulan’ tempat-tempat popular untuk dilawati. Jadikan Westminster Abbey sebagai checkpoint untuk kawasan tengah kota London bagi membandingkan jarak dengan tempat-tempat lain.
  7. Barulah beli London Pass.

Bagi saya, option untuk 1 Day, 2 Day atau 3 Day sememangnya tidak mencukupi. Jadi, saya memilih 6 Day kerana percuma 1 Day. Adakah perlu mengambil pakej “London Pass with Travel” (145.80 pound)? Ya, kerana apabila dibeli berasingan iaitu “London Pass” (tanpa Travel – 91.80 pound) dan kad Oyster Travel Card selama 7 hari untuk Tube (55.60 pound), harga kedua-duanya mencecah 147.40 pound. Bermakna, kerugian 1.60 pound. Memang agak mahal. Jika anda benar-benar bajet, pilih sahaja 3 Day, sudah mencukupi tapi harus pantas untuk melawat tempat-tempat yang popular agar tak rugi (sesuai untuk backpackers).

Tak semua 60 tempat tersebut kita berminat untuk melawat. Jika kurang dari 10 atau 15 tempat, saya cadangkan beli 1 Day, 2 Day atau 3 Day London Pass sahaja.

UPDATE TAMBAHAN:

Bagaimana untuk membeli kad London Pass ini?

  1. Beli secara online dan print resitnya. Tidak perlu arahkan mereka poskan ke Malaysia kerana kosnya adalah 35 pound (RM165) jika nak cepat.
  2. Sampai di kota London (setelah melepasi Heathrow Airport), beli tiket Oyster “pay as you go” untuk sehala sahaja ke stesen Leicester Square dan ambil Exit 1. Kenapa sehala sahaja? Kerana kad London Pass sudah pun mempunyai Oyster Travel Card (sekiranya membeli pakej London Pass with Travel). Kaunternya dibuka 7 hari seminggu dari 10 pagi sampai 4.30 petang sahaja.
Lokasi untuk mengambil kad London Pass

“Directions: Take exit 1 from Leicester Square tube station onto Charing Cross Road, turn left and walk past the Wyndham’s Theatre. Walk 100 metres towards Trafalgar square, our redemption desk is the downstairs area of the ticket information booth on the right hand side opposite the Garrick theatre.”

Atau lebih tepat merujuk pada koordinat ini (cari lokasi yang opposite dengan marker merah dalam peta):

Koordinat GPS bagi peta di atas:  51.509929, -0.128260

Selamat berLondong Pass….. hehehe…



Related posts:

London 2009: Kisah hari ke-2 - Part 2 - Westminster Abbey, Big Ben, London Eye, Millenium Bridge dan...
Taman-taman di London Bhg 3 - Hyde Park
London 2009: Kisah hari ke-2 - Part 1 - British Tourist Authority, St. James Park dan House Guard Pa...

Filed Under: Europe, London, London 2009, United Kingdom Tagged With: london, london pass

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
bundleofdeals.com
bundleofdeals.com
4 years ago

ya itu banyak kelebihan london lulus Hop-On Hop-Off Bus Tour dan nikmati 80+ atraksi tetapi Anda dapat menggunakan voucher pass london dan menghemat 20% pada tur Anda.


Nikmati +80 Tarikan di Londonpass
|
Kod Baucer Londonpass

0
Reply
Zaris Ahmad
Zaris Ahmad
5 years ago

maaf bro, kembara ke London dah terlalu lama dulu masa 2009, byk saya dah lupa dan byk juga maklumat yg dah berubah mengikut keadaan semasa… insyaAllah hujung tahun ni kalau takde aral melintang, saya akan laksanakan kembara Europe termasuk London dan akan update maklumat terkini.

0
Reply
Syed Hafiz
Syed Hafiz
5 years ago

Boleh share your intenary? Byk tips berguna. �� [email protected]

0
Reply
Zariss Ahmad
Zariss Ahmad
8 years ago

mekasih 😀
maaf lambat reply.. dah lama saya tak update blog ni.
menarik soalan tu, nanti saya buat artikel jumlah kos yg diperlukan dlm masa terdkt.

0
Reply
Nurfadzlin Zulkafly
Nurfadzlin Zulkafly
8 years ago

bestnyaaa, banyak infO tQ ! 🙂
biasanyaa kalau nak travel sendiri, plus tix flight plus tix oyster travel card roughly how much total coast?…

0
Reply

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 – Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2022 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz