Yeahhh… inilah posting yang saya nanti-nantikan untuk menulis iaitu trip ke London pada tahun 2009. Hampir 2 tahun saya merancang untuk ke sana. Dah bermacam2 survey berkenaan London saya dah buat. Senang citer, saya sekarang dah macam expert hal ehwal di London ni, serius beb! Apa tidaknya, tempat yang korang nak pergi, dah tentu korang akan rancang perjalanannya ya tak? Tambahan pula, London ni sikit punya jauh, kos yang mahal dan peluang yang mungkin sekali seumur hidup. Segala ceruk bandar London ni korang akan survey dalam internet sebab taknak miss langsung setiap inci bandar sepanjang trip ke sana.
London … siapa tak kenal London? Semua orang seluruh dunia kenal kota London. Ni saya senaraikan sebab-sebab kenapa orang Malaysia suka dengan London (mungkin orang dari negara lain pun punyai kesukaan yang sama):
- Cuaca Malaysia panas sepanjang tahun. Orang Malaysia nak merasa kelainan suhu terutama negara 4 musim, jadi London lah pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia.
- Ramai rakyat Malaysia yang menghantar anak untuk sambung belajar di London, jadi secara tak langsung, kota London menjadi sebutan setiap kali menghantar, menziarahi atau melawat anak di sana.
- London adalah negara “right hand drive” iaitu kedudukan steering keretanya di sebelah kanan sama seperti di Malaysia (salah satu negara Komanwel). Untuk pelancong kita nak menyewa dan memandu kenderaan di sana, teramatlah senang.
- London adalah kota glamour (atau bahasa orang moden; Glam .. hek hek hek). Sesiapa yang menziarahi London dan diketahui oleh kawan2 atau sedara… fuhh ..glamour youu. Tapi bagi saya, ini bukan isunya sebab bila berada di sana, bab glamour dah jadi perkara kedua dan perkara pertama ialah keseronokan berada di London.
- Dulu waktu MAS je yang conquer trip ke London, harga tiket return .. mak datok… boleh mencecah RM6,000. Sebab itulah sapa2 yang pergi ke sana dah dikira orang kaya. Sekarang ni AIRASIA dah bertahun buat trip ke sana (UPDATE: Terbaru sehingga 2018, belum ada lagi perkhidmatan ke London oleh Airasia). Makin mudah orang Malaysia nak travel. Sewaktu saya booking tiket untuk ke London (iaitu 2 bulan sebelum tarikh departure), harga bagi tiket return lebih kurang RM2,600. Murahkan? Nanti saya citer lebih lanjut berkenaan flight ke London ni.
- Negara England menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris, ini yang memudahkan rakyat Malaysia yang dah sebati dengan bahasa Inggeris untuk melancong ke sana. Bayangkan kalo melancong ke Tokyo, Japan yang penuh dengan bahasa Jepun dan tulisannya yang berpintal2? Hehehe..
- Inggeris pernah bertapak di tanah Melayu. Atas sebab inilah orang Melayu sudah terbiasa dengan budaya Inggeris. Tak seperti Amerika dan Belanda yang tidak pernah menjajah negara kita.
Percaya atau tidak, saya ke sana seorang sahaja, nak ajak kawan-kawan memang berjanggut nak tunggu. Baiklah, berapa jam perjalanan kapal terbang ke London? Lebih lama dari penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi iaitu 11 jam. Ya, memang krem dan kematu kaki dan lutut bila berada lama dalam kapal terbang. Penerbangan Airasia yang saya naik waktu tu berhenti di Lapangan Terbang Stansted yang terletak di Essex iaitu 48 km jauhnya dari tengah bandar London. Lapangan Terbang Stansted agak unik kerana ia merupakan landasan bagi perlepasan kapal terbang perang waktu World War II dulu. Sekarang, ianya dikenali di Europe sebagai lapangan terbang untuk penerbangan “low cost carrier” seperti Airasia, Easyjet, Ryanair dan sebagainya.
Sebelum booking penerbangan, saya cadangkan elok korang tambah addon services dari Airasia seperti makanan dan “In-Flight Entertainment TV/movie Player”. Satu kesilapan saya pada waktu itu adalah tidak menempah addon makanan sewaktu membeli tiket online. Akibatnya, saya terpaksa membeli dalam kapal terbang secara tunai berharga dua kali ganda dari harga online iaitu RM80. Seriously, bagi saya teramatlah mahal dan tidak berbaloi kerana makanannya hanyalah boleh pilih spaghetti atau lasagna sahaja. “In-Flight Entertainment TV/movie Player” pun sebenarnya tak mahal jika ditempah secara online dan berbaloi memandangkan tahap kebosanan yang lama dalam kapal terbang.
Itu kisah tahun 2009, sekarang ni tahun 2013 dah ramai orang pakai Ipad dan Galaxy Tab. Digalakkan korang isi macam-macam dalam Ipad seperti ebook, movie, lagu-lagu dan sebagainya. Jangan risau, waktu saya pergi tu, saya bawak laptop mini dan pihak imigresen Stansted takkan periksa kandungan laptop korang. Tapi, kalo penerbangan akan datang Airasia atau MAS yang berhenti di Lapangan Terbang Heathrow, itu memang saya tak boleh memberi sebarang jaminan kerana mungkin polisi yang berbeza.
Nampak gambar di atas? Begitu seronoknya saya bila dah sampai. Saya jamin korang pun tak sabar-sabar dan excited bila dah sampai ke sini tambah-tambah first time macam saya ni. Tapi malangnya, saya sampai sana dah jam 11pm. Tiada apa boleh dilihat di luar sana melainkan pemandangan dalaman airport Stansted yang kebaratan (hehe, sebenarnya London ni negara barat pertama yang saya cecah). Imigresennya ok, tiptop dan saya melepasi pegawainya kurang dari 45 saat, laju kan? Untuk korang yang backpackers atau mengembara sorang-sorang memang akan menjadi bahan soal-siasat oleh imigresen kerana telah banyak kes yang datang sorang sebenarnya nak berhijrah ke sana atau “overstay”. Hati-hati, jangan buat kerja illegal kerana jika overstay kurang dari 28 hari, tidak mengapa.
Tapi kalau overstay lebih dari 28 hari, kemungkinan anda akan di ban dari masuk ke UK selama 10 tahun!! Mesti korang nak tahukan macam mana saya boleh lepas imigresen sekejap jer? Baiklah, sebelum ke London, buat case study dulu tempat-tempat menarik untuk dilawati. Lebih elok korang sebut pada pegawai tu atau kaji dulu nama-nama tempat ini iaitu British Museum, Imperial War Museum, Natural History Museum, Arts Museum, Kew Garden, Fort dan lain-lain. Itu adalah senarai tempat bagi peminat sejarah dan sains. Jika imigresen nampak gaya anda sebagai seorang pengkaji, insyaAllah sangat mudah untuk korang lepas. Yang penting, muka konfiden dan tenang serta mampu eye contact dengannya.
Tip: Kita orang Malaysia kerap sangat cakap orang putih diakhiri dengan “lah”! Haha, elakkan dari berlaku, hari pertama dan kedua saya banyak tersasul termasuk dengan pegawai imigresen.
Ok, saya terdiam sekejap selepas melepasi imigresen sebab memikirkan bagaimana untuk ke tempat penginapan ku di Willesden iaitu di utara London? Saya dok fikir, dah dekat jam 12am, ada lagi ke bas ekspress ke tengah kota London? Saya pun check dekat kaunter bas, selamat…. rupanya masih ada lagi (tak silap saya, perkhidmatan bas mereka 24 jam). Saya pun beli tiket ke Finchley Road dan menaiki bas. Hampir 45 minit juga. Walaupun di luar gelap, namun disebabkan baru pertama kali sampai, tahap terkinja-kinja wajahku hanya org jakun sahaja yang kenal… hahahaha. Kiri kanan saya toleh tengok suasana London.
Saya bernasib baik sebab ada seorang lelaki cina dari Malaysia ni dia jadi teman saya sepanjang dalam kapal terbang hingga menaiki bas. Rupanya dia pun ke London juga. Saya dah tak ingat namanya tapi berasal dari Perak dan ayahnya Cina mualaf yang baru masuk Islam, Alhamdulillah. Dialah yang banyak bercerita padaku tentang London. Sebenarnya, dia ke sana untuk meneruskan satu lagi semester. Disebabkan dah biasa ke sana, dia hanya berselipar dan berbaju nipis sahaja. Giler. Dah le time yang saya pergi tu (Oktober 2009), lagi 2-3 minggu nak masuk musim sejuk. Tahukah korang berapa cuaca ketika ini? Siangnya di antara 13-17 Celcius dan malamnya mencecah 3-5 Celcius! Ada satu malam tu saya hampir demam dan bibir melekat! Ok bab ni saya ceritakan kemudian nanti.
Kawan ni dia berhenti dekat tempat lain, saya pun mengambil nombor telefon dia dan melambai. Rasanya itulah pertemuan terakhir kami kerana saya pun dah hilang nombornya. Saya tetiba jadi gelabah, sebab sekarang saya dah seorang diri. Saya pun berhenti di Finchley Road. Memang gelabah juga sebab time tu jam 1 pagi dan saya keseorangan tengah jalan. Jalan raya memang sunyi dan tiada orang kerana faktor sejuk dan semuanya duduk dalam rumah sahaja. Saya sebenarnya nak tunggu teksi untuk membawa saya ke Willesden. Sambil tunggu tu, ada lah satu kereta peronda polis ni lalu sebelah saya dan U turn balik lalu mengintip saya dari jarak 100 meter. Mungkin mereka ingat saya ni pendatang atau pencuri ke apa sebab saya bawak beg Deuter yang besar. Lepas tu dorang pun berlalu pergi dan saya eye contact dengan dorang tanda saya ni jenis yang tak buat masalah atau mempunyai muslihat untuk buat sebarang masalah. Itulah caranya untuk kita berhadapan dengan siapa-siapa sahaja di luar negara.
Peta atas: Lokasi saya berhenti menaiki bas di Finchley Road, London
Dekat 20 minit juga saya menunggu teksi. Apa pengalaman baru yang saya dapat bila menaiki teksi? Iaitu… pemandunya adalah orang putih manakala saya sebagai pelanggannya dari Asian, hehe. Tambang boleh tahan mahal iaitu £10 (~ RM50.00). Saya memang terpaksa ambil teksi kerana belum mahir dengan kawasan ni. Lagipun, saya dah ‘cut cost’ awal-awal dengan mengambil bas ke stesen bas stand paling dekat di Finchley Road. Akhirnya saya sampai di rumah En. Ahmad di Willesden. Tempat ni terletak berdekatan dengan Stadium Wembley. Perjalanan dari tengah London ke Willesden dengan menaiki “Underground Tube” (stesen Dollis Hill) lebih kurang 25 minit.
Disebabkan saya travel ala-ala backpacking, jadi rumah En. Ahmad adalah yang paling sesuai dengan kadar di antara £25-£35 per malam. Mula-mula tu disebabkan ramai yang sewa dirumahnya, saya terpaksa menetap di bilik library beralaskan tilam yang dipinjamkannya. Nasib baik kadar yang dia bagi hanya £25 je. Esok harinya barulah saya berpindah ke tingkat atas dengan kadar £30 per malam. Sebenarnya, ini pun dikira mirip AirBnB juga. Untuk pengetahuan korang, zaman 2009 ni belum terkenal dengan AirBnB, Hostelworld, Agoda dan Booking atau jenis penginapan berbentuk dorm.
Koordinat GPS rumah En. Ahmad: 51.551108, -0.245510
Apa yang menariknya di rumah En. Ahmad? Selain dari faktor murah, beliau sebagai tuan rumah berbangsa melayu dari Malaysia sudah tentu menjanjikan suasana ala melayu/Malaysia bagi pelancong seperti kita. Termasuklah faktor halal, ramah dan mesra dan hanya menerima pelanggan dari Malaysia sahaja. Itulah kelebihannya. Rumahnya boleh santai-santai, boleh masak, membasuh pakaian dan sebagainya. Pendek kata, dah macam dekat rumah sendiri. Tapi malangnya, sejak dari tahun lepas saya cuba hubunginya di email dan laman blognya, tidak berjawab. Saya rasa mungkin En. Ahmad tak lagi buat bisnes penginapan ni atau masalah-masalah lain. Jadi, saya tak dapatlah bagi korang maklumat terperinci, hanyalah laman blognya di:
http://tinggal247.blogspot.com/
UPDATE (21 Mei 2014): Melalui berita di laman blognya, memang En. Ahmad dah berhenti menyediakan servis penginapan. Beliau hanya menyediakan ‘chartered van’ atau sebarang jenis servis pengangkutan. Boleh hubungi beliau di sini: +44 7733 037997
Lagi gambar di rumahnya:
Jam pun dah menunjukkan pukul 3 pagi dan saya masih tak dapat melelapkan mata. Mungkin kerana masih excited sebab baru sampai. Bilik yang saya duduk ni penuh dengan buku-buku agama. Heater pun sebelah tilam tapi tak panas sangat. Ini first time saya tengok heater dalam bilik, di negara kita biasanya Air-Cond jer. Saya tidur terpaksa kena pakai berlapis baju, memang sangat sejuk. Dari dalam bilik, saya selak-selak langsir menatap ke luar rumah. Suasana sejuk, nyaman, tenang dan damai boleh dilihat. Saya tak sabar untuk memulakan perjalanan ke tempat-tempat menarik esoknya. Mata belum mengantuk, saya pun buka laptop dan update status Facebook… “aku di London!” …. seronoknya apabila rakan-rakan mula comment…. dah jadi “Glam” sekejap.. hihi.
Di rumah En. Ahmad yang bercirikan rekabentuk tempatan ini agak pelik iaitu tandasnya di tingkat atas. Tandas mereka memang dibina kecil sahaja. Tak seperti di Malaysia yang besar. Korang tahu kenapa? Kerana di UK, cuacanya sejuk dan tiada masa untuk mandi lama-lama sambil menyanyi. Sepanjang masa, kebanyakan mereka sekadar basuh muka tanpa mandi, kecuali pada musim panas. Jadi, tiada keperluan untuk membina tandas yang besar atau membina lebih dari satu tandas di setiap rumah.
Bersambung di artikel seterusnya…
Leave a Reply